Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran komputer riba Acer Nitro 5 generasi terbaru yang hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini untuk pasaran tempatan.
Acer Nitro 5 hadir dengan skrin 15.6-inci IPS, dijana cip Intel Core Gen-9, menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 dengan 4GB GDDR5 VRAM, storan 256GB SSD, dan memori 4GB DDR4 yang boleh dinaik-taraf sehingga 32GB soDIMM.
Komputer riba ini turut hadir dengan penawaran sistem penyejukan dwi-kipas, teknologi CoolBoost Cooling, dan juga papan kekunci bercahaya.
Di Malaysia, dua variasi model ditawarkan, iaitu model Intel Core i5-9300H pada harga RM3499, sementara Intel Core i7-9750H pada harga RM4399.