Lenovo hari ini telah melancarkan penawaran edagang mereka terbaru memfokuskan para pelajar dan juga tenaga pengajar, dinamakan sebagai EduStore.
Melalui EduStore, para pelajar universiti, cikgu dan juga tenaga pengajar di Malaysia boleh menikmati diskaun untuk pembelian produk dan aksesori Lenovo.
Seperti pembelian pada laman Lenovo biasa, pengguna turut boleh membuat perubahan dan penambahan mengikut keperluan mereka, sekaligus membuat tempahan melalui Lenovo EduStore.
Bagi para pelajar yang mencari produk Lenovo pada harga diskaun, boleh menyemak laman Lenovo EduStore hari ini.
Layari : Lenovo Malaysia EduStore