Carian
PUMA Melancarkan Kedai Atas-Talian Untuk Pasaran Malaysia
April 24, 2019 Aman

PUMA, salah satu jenama yang sinonim dengan mereka yang aktif dan meminati arena sukan, kini telah pun melancarkan kedai atas-talian mereka secara rasminya untuk pasaran Malaysia.

PUMA.com

Melalui laman edagang PUMA yang baru ini, kini pengguna boleh melakukan pembelian produk berjenama PUMA dengan lebih mudah, selain mana mereka turut menawarkan diskaun 10% bersempena dengan pelancaran ini. Pada masa yang sama, penghantaran percuma ke seluruh negara disediakan untuk mereka yang membuat pembelian melebihi RM200.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman PUMA.com hari ini.

Komen