Sertai Program Alpha Startups 1337 Ventures Sempena Minggu FinTech 2019

Sertai Program Alpha Startups 1337 Ventures Sempena Minggu FinTech 2019

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Bersempena edisi Minggu FinTech 2019 yang akan tiba tidak lama lagi, kini 1337 Ventures akan melaksanakan program pra-accelerator Alpha Startup. Untuk makluman anda, program inisiatif bersama BNM jangka akan berlangsung bermula 17 Jun hingga 21 Jun ini.

Platform ini bertujuan untuk membuka peluang baru dalam industri Fintech. Di samping dapat meningkatkan industri perkhidmatan kewangan. Tambahan pula, adanya platform ini startup dapat mengasah idea mereka bersama pakar industri.

Melalui program pra Alpha Startup ini, seramai tiga kumpulan teratas akan menerima pembiayaan peringkat awal sebanyak RM150,000 ribu. Peserta akan berpeluang menyertai program intensif selama enam bulan, serta menerima faedah bernilai lebih daripada RM500 ribu – termasuklah kredit awanan bernilai AS $ 100,000 daripada Amazon Web Services dan Google Cloud. Seterusnya, peserta yang layak akan dipilih menerusi Fintech Regulatory Sandbox oleh BNM.

Selain itu, pada hari demo tersebut BNM turut akan tampil dengan Cabaran Makmal Inovasi Kewangan, iaitu sebuah program bank pusat yang dilancar dengan kerjasama Dana Modal Pembangunan PBB. Program ini bertujuan membantu pembangun meningkatkan penyelesaian mereka dalam menangani keperluan inklusi kewangan pada negara ini.

Startup yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah layari pada pautan dibawah, ianya sah sehingga 29 April ini.

Layari: Pendaftaran Alpha Startups Edisi Minggu MyFinTech 2019


TIPS & ULASAN