Peranti kelas permulaan masih mempunyai pasaran di Malaysia kerana harga jualannya yang amat mampu milik. Sebuah lagi peranti kelas permulaan telah dilancarkan di Malaysia hari ini iaitu Wiko Y60. Peranti ini menggunakan sistem operasi Android Pie Go Edition dan dijual pada harga hanya RM269 sebuah.
Ia dilengkapi skrin sebesar 5.45″ LCD dengan resolusi 960×480 pixel, dijana cip MediaTek MT6739 empat teras, memori 1GB RAM, storan 16GB, kamera utama 5-Megapixel, kamera swafoto 5-Megapixel dan bateri 2500 mAh. Wiko Y60 menyokong rangkaian 4G dengan sokongan satu mikro SIM dan satu nano SIM. Terdapat sokongan kad mikro SD sehingga 128GB. Di Malaysia peranti ini ditawarkan dalam warna cerun dark blue,cerun bleen dan emas.