Carian
Redmi Y3 Dilancarkan Dengan Kamera Swafoto 32MP, Bateri 4000mAh
April 24, 2019 Aman

Xiaomi hari ini telah melancarkan sebuah lagi model telefon pintar dibawah mereka, iaitu Redmi Y3. Xiaomi Redmi Y3 hadir dengan fokus terhadap sokongan swafoto, selain turut menawarkan spesifikasi pertengahan bersama-sama dengannya.

Redmi Y3


Redmi Y3 menggunakan skrin 6.26-inci bertakuk, dijana cip Snapdragon 632, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Redmi Y3

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang 12MP + 2MP, selain kamera swafoto 32-megapixel. Telefon pintar ini juga masih mengekalkan penggunaan bicu audio 3.5mm bersama dengannya. Xiaomi turut menyertakan sokongan rakaman AI bersama-sama siri Redmi ini, sekaligus menjadikan rakaman anda lebih canik berbanding kebiasaan.

Redmi Y3 diumumkan untuk pasaran India, dan ditawarkan pada harga bermula Rs9999 iaitu sekitar RM591.

Komen