LG Electronics Dilaporkan Akan Menggantung Pengeluaran Telefon Pintar Di Korea Selatan
LG

LG Electronics Dilaporkan Akan Menggantung Pengeluaran Telefon Pintar Di Korea Selatan

Diterbitkan pada Apr 24, 2019 oleh .

LG boleh dikatakan agak ketinggalan dalam arena telefon pintar jikalau dibandingkan dengan rakan senegara mereka, Samsung. Kini, menurut laporan terbaru yang hadir hari ini, ia dikatakan LG kelak akan menggantung pengeluaran telefon pintar di Korea Selatan pada tahun ini.

Bergerak kehadapan, LG dijangka akan memindahkan pengeluaran peranti mereka ke Vietnam. Buat masa ini, LG mempunyai hab pengeluaran di Korea Selatan, China, Vietnam, Brazil dan juga India – selain Korea Selatan.

Walaubagaimanapun, penjualan telefon pintar oleh LG berkurangan dari hari ke hari, dan membuatkan perniagaan berkenaan terus mengalami kerugian. Dengan mengalih pengeluaran ke Vietnam, LG dijangka akan berjimat sedikit berbanding menggunakan pengeluaran di Korea Selatan.

Pihak LG masih tidak mengeluarkan komen rasmi berkaitan laporan terbaru ini.


TIPS & ULASAN