Aplikasi Google Fit Kini Ditawarkan Untuk iPhone

Aplikasi Google Fit Kini Ditawarkan Untuk iPhone

Diterbitkan pada Apr 24, 2019 oleh .

Google Fit merupakan aplikasi yang membolehkan anda memantau sejumlah aktiviti kecergasan. Ia telah ditawarkan pada Android buat sekian lama, namun kini, ia sudah boleh dinikmati pada iPhone.

Google Fit mempunyai sejumlah fungsi pemantau aktiviti kecergasan, seperti kiraan langkah, jumlah kalori yang dibakar, dan jarak perjalanan yang dilalui secara harian. Anda juga boleh mengaktifkan fungsi “track workout” bagi membolehkan ia memantau aktiviti kecergasan secara masa-nyata.

Apa yang membezakannya dengan aplikasi kecergasan yang lain, ia turut membawakan fungsi Heart Points dan Move Minutes, iaitu sistem markah yang dikira berdasarkan kiraan langkah dan melakukan sesuatu aktiviti. Markah yang diambil ini kemudiannya akan ditempatkan di dalam Journal untuk memudahkan anda melihat pencapaian pada sesuatu masa.

Bagi anda yang berminat untuk menggunakannya, Google Fit untuk iPhone boleh dimuat-turun bermula hari ini melalui halaman Apple App Store.


TIPS & ULASAN