Airbnb Dilaporkan Turut Sedang Melihat Ke Arena Penerbitan Kandungan

Airbnb Dilaporkan Turut Sedang Melihat Ke Arena Penerbitan Kandungan

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Airbnb merupakan salah satu laman yang tidak asing bagi kebanyakkan pengguna, dimana ia menawarkan kemudahan untuk anda membuat tempahan penginapan ketika sedang bercuti atau ke sesuatu lokasi baru. Terkini, laporan baru hadir mengatakan Airbnb turut sedang memfokuskan kepada pelaburan dalam membangunkan kandungan mereka tersendiri.

Airbnb dikatakan sedang melihat kepada penghasilan kandungan video, dokumentari dan juga filem – memfokuskan kepada percutian.

Ini sekaligus dilihat akan menjadi salah satu bentuk pemasaran. Hal ini kerana dengan perkongsian lebih banyak kandungan percutian dan lokasi-lokasi unik, ia dijangka akan membuatkan lebih ramai akan ke lokasi berkenaan – sekaligus membuatkan pengguna menggunakan Airbnb untuk penginapan.

Langkah ini juga dijangka akan memberikan kelebihan kepada pihak Airbnb berbanding pesaing lain dengan perkhidmatan seumpamanya seperti Booking atau Expedia.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai perancangan pihak Airbnb ini dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN