Facebook Stories Kini Mempunyai Lebih 500 Juta Pengguna Aktif Setiap Hari

Facebook Stories Kini Mempunyai Lebih 500 Juta Pengguna Aktif Setiap Hari

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Perkongsian berbentuk “Stories” sedia dijangka melangkaui perkongsian biasa di “NewsFeed”. Selari dengannya, kini mengikut statistik terbaru, ia dikatakan Facebook Stories mempunyai penggunaan aktif harian melangkaui 500 juta pengguna.

Facebook Stories diintegrasikan pada laman sosial Facebook, dan juga pada aplikasi permesejan Messenger. Dengan pencapaian 500 juta pengguna setiap hari, ia turut selari dengan penggunaan ciri sama di Instagram dan WhatsApp.

Melalui statistik semasa, WhatsApp Status turut mempunyai sekitar 500 juta pengguna aktif setiap hari, selain Instagram Stories turut mencatatkan angka sama setiap hari.

Agak ketinggalan dibelakang adalah Snapchat, dimana ia kini mempunyai sekitar 190 juta pengguna aktif setiap hari.

Bagi anda sendiri, anda aktif menggunakan “Stories” di platform mana?


TIPS & ULASAN