Tesla Memperlihatkan Rekaan Kereta Tanpa Stereng

Tesla Memperlihatkan Rekaan Kereta Tanpa Stereng

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Semalam Tesla memperlihatkan sistem swapandu sepenuhnya Tahap 4 pada sebuah Model 3. Ini adalah kemampuan menakjubkan kerana Tesla melangkau terus Tahap 3 dan sekaligus menjadikan sesuatu yang dahulunya dianggap fiksyen sains kini sudah menjadi realiti. Pada acara Autonomy Day, Tesla sempat memperlihatkan rekaan kereta tanpa stereng.

Menurut Elon Musk, teksi swapandu yang diramalkan akan beroperasi pada tahun 2020 tidak akan dilengkapi stereng. Rekaan Model 3 dan Model Y dengan mudah boleh diubah kepada tanpa stereng kerana hanya memerlukan ia dicabut serta lubang ditampal. Elon juga berkata bagi pemilik kenderaan Tesla semasa, mereka akan ditawarkan pilihan membuang stereng sekiranya diperlukan.


TIPS & ULASAN