TikTok Tidak Lagi Diharamkan Di India

TikTok Tidak Lagi Diharamkan Di India

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Dua minggu yang lalu aplikasi TikTok telah diharamkan di India. Ini mengakibatkan ia tidak lagi boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Store. Alasan yang diberikan ialah kandungan TikTok dikatakan berunsur lucah dan membahayakan kanak-kanak bawah umur. Semalam halangan ini telah ditarik semula oleh mahkamah India.

Pengharaman ditarik selepas rayuan yang difailkan oleh ByteDance, pembangun TikTok. ByteDance turut telah membuang 6 juta video yang dikatakan melanggar terma dan syarat aplikasi. India ialah pasaran yang penting kepada TikTok, sebanyak kerana terdapat 88.6 juta pengguna di negara tersebut,


TIPS & ULASAN