Kuo : Dua Lagi Model AirPods Baru Akan Diperkenalkan Menjelang 2020

Kuo : Dua Lagi Model AirPods Baru Akan Diperkenalkan Menjelang 2020

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Apple telah pun memperkenalkan kemaskini untuk fon telinga nirwayar mereka, AirPods, baru-baru ini. Kini, selain daripadanya, mengikut laporan penganalisa Ming-Chi Kuo, ia dikatakan Apple akan hadir dengan dua lagi AirPods baru dalam masa terdekat.

Ia dikatakan Apple akan memperkenalkan kemaskini kecil untuk AirPods sedia ada menjelang penghujung 2019 ini, selain kemaskini dengan rekaan serba baru dan harga sedikit tinggi menjelang suku pertama 2020 kelak.

Apakah ciri yang akan disertakan pada AirPods baru menjelang penghujung tahun ini masih tidak dikongsikan sepenuhnya. Namun, mengikut desas-desus, ia dikatakan akan menyokong pembatalan hingar, jarak lebih jauh, selain sokongan kalis air.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung tahun ini dan awal tahun 2020 untuk melihat sama ada perkara ini akan direalisasikan atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN