Ini Ialah Easter Egg Google Sempena Filem Avengers End Game
Artikel Berkaitan

Ini Ialah Easter Egg Google Sempena Filem Avengers End Game

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Semalam filem blokbuster Avengers End Game telah mula ditayangkan di layar perak Malaysia. Ada yang sanggup bangun awal untuk menonton pada jam 7 pagi lagi. Dari reaksi awal filem ini tidak mengecewakan malah menerima markah ulasan yang tinggi di Aksiz. Sempena penayangannya, Google telah menghasilkan Easter Egg khusus hari ini.

Jika carian Thanos dilakukan pada laman Google, Infinity Gauntlet akan dipaparkan pada skrin. Apabila ia ditekan, carian pada skrin akan terpadam menjadi debu seperti yang berlaku kepada penduduk bumi di pengakhiran filem Infinity War. Pada waktu itu Easter Egg ini hanya diberikan kepada sebilangan kecil pengguna terlebih dahulu. Adakah anda antara yang terawal dapat melihatnya?



TIPS & ULASAN