Cari @ Amanz

Speedtest.net adalah laman web terkenal daripada Ookla untuk menguji kepantasan Internet. Malah, banyak perkhidmatan Internet di Malaysia turut menggunakan sistem Ookla. Ookla turut mempunyai aplikasi untuk Android dan iOS untuk memudahkan pengguna menguji kepantasan Internet mereka.

Terkini, Ookla telah mengemaskini aplikasi mereka dengan menambah skala 1Gbps. Sebelum ini ujian kepantasan pada aplikasi Speedtest ini hanya terhad kepada 500Mbps. Dengan menambah skala 1Gbps ini, Ookla dilihat sudah bersedia ke arah 5G.

Kemaskini ini sudah pun berada di Google Play Store. Buat masa ini, tidak pasti jika versi iOS sudah sedia dikemaskini. Jika anda ingin muat turun fail .APK ia boleh didapatkan di APK Mirror.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd