Cari @ Amanz

Shopee sedia menawarkan pelbagai produk melalui platform edagang mereka, dan terkini, Shopee turut menambah beberapa kategori jualan baru pada platform edagang mereka.

Terbaru, kini Shopee turut telah mula menawarkan jualan rumah melalui platform mereka. Hal ini dijayakan dengan kerjasama bersama pihak SP Setia, sekaligus membolehkan pengguna membuat bayaran pendahuluan terlebih dahulu di Shopee untuk tempahan, sebelum melalui proses tambahan untuk pembelian rumah.

Shopee Rumah

Disamping itu, Shopee juga kini menambah Shopee AutoMall yang membolehkan anda membeli kenderaan pada platform edagang berkenaan. Anda boleh melakukan pembelian motosikal terus melaluinya, atau turut melakukan pembayaran pendahuluan untuk membeli kereta pada platform Shopee.

Shopee Motosikal

Dengan penawaran beberapa kategori produk baru ini, ia sekaligus mempelbagaikan lagi penawaran di Shopee – selain memudahkan lagi pengguna melakukan pembelian terus melalui kaca skrin peranti mereka tanpa perlu keluar rumah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd