Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara pelancaran telefon pintar terbaru Xiaomi Mi 9 SE secara rasminya pada 30 April 2019 kelak.
Xiaomi Mi 9 SE hadir dengan ciri-ciri premium daripada siri Mi 9, tetapi pada harga lebih mampu milik.
Dari segi spesifikasi, Mi 9 SE hadir dengan skrin 5.97-inci, dijana cip Snapdragon 712, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia dilengkapi sokongan 48-megapixel tri-kamera dibelakang, kamera swafoto 20-megapixel, dan bateri berkapasiti 3070mAh.
Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diumumkan lagi, dan dijangka akan diumumkan pada 30 April 2019 ini.