Vaksin Malaria Mula Diperkenalkan Di Afrika Bagi Mengurangkan Kematian Kanak-Kanak

Vaksin Malaria Mula Diperkenalkan Di Afrika Bagi Mengurangkan Kematian Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Hampir 500,000 individu meninggal dunia akibat jangkitan Malaria pada setiap tahun dengan separuh adalah terkini dari kanak-kanak di benua Afrika. Kerana jumlah kematian yang tinggi ini, vaksin Malaria telah dibangunkan sejak berdekad lamanya. Malawi, Ghana dan Kenya akan menjadi tiga negara pertama di dunia yang menerima vaksin malaria RTS,S/AS01.

Vaksin RTS,S/AS01 dibangunkan sejak 1980an oleh firma farmaseutikal GlaxoSmithKline (GSK). Dalam ujian awal yang dilakukan, vaksin ini dapat mengurangkan kes jangkitan malaria sehingga 40%. Sekitar 1 juta kanak-kanak di bawah umur dua tahun akan menerima suntikan vaksin percuma ini di dalam program yang ditaja GSK sehingga 2024.

Vaksin ini perlu disuntik sebulan sekali sebanyak tiga kali di antara umur lima sehingga sembilan bulan sebelum dos penggalak diberikan pada umur dua tahun. Kejayaan program ini diharap dapat memberikan data bagi menghasilkan vaksin yang akhirnya dapat berfungsi 100% untuk menghalang jangkitan.

Malaria adalah penyakit maut yang meragut banyak nyawa tokoh penting seperti Tuntankhamun, Oliver Cromwell, Vaco de Gama dan Sultan Muhammad Jamalul Alam II.


TIPS & ULASAN