Cari @ Amanz

Grab sedia membuat beberapa pelaburan strategik sebelum ini, dan terkini mereka turut membuat pelaburan strategik pada salah satu syarikat statistik popular, iaitu Ninja Van. Nilai pelaburan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Ninja Van sedia digunakan oleh beberapa syarikat, termasuk Lazada untuk menghantar barangan kepada pengguna. Dengan pelaburan ini, perkhidmatan logistik berkenaan akan diintegrasikan pada aplikasi Grab melalui ruangan Grab Express.

Sementara untuk Ninja Van pula, mereka akan mula menerima bayaran melalui GrabPay, selain bekerjasama dengan Grab Financial Group untuk menawarkan produk insuran kepada rakan-rakan penghantaran mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd