Kempen “Laz Raya Together-Gether” Membawakan Sejumlah Tawaran Menarik Di Lazada

Kempen “Laz Raya Together-Gether” Membawakan Sejumlah Tawaran Menarik Di Lazada

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Anda kini dapat nikmati pelbagai tawaran hebat daripada Lazada menerusi Festival Wanita. Pelbagai segmen menarik telah diumumkan, dan bermula hari ini, anda dapat mengikuti kempen terbaru di bawah festival mereka menerusi Laz Raya Together-Gether.

Segmen Laz Gaya ini memberikan kelebihan kepada pengguna aktif dengan menerima tawaran produk pada setiap minggu. Tawaran ini akan diadakan pada setiap hari Khamis, dengan menampilkan kategori tawaran produk yang berbeza seperti barangan isi rumah, barangan elektronik, kecantikan, dan kesihatan. Pengguna aktif juga dapat menikmati potongan harga sehingga 80% bagi setiap pembelian awal.

Menerusi pengenalan kempen pertama Festival Wanita ini, pembeli dari seluruh negara dapat menyaksikan pertunjukan fesyen yang bertemakan LazAda Style. Melalui penstriman secara langsung pada aplikasi Lazada ini, para penonton dapat menambah produk pilihan mereka ke ruangan pembelian secara terus. Bagi sebarang pembelian awal, pengguna akan menerima pelbagai tawaran baucar dan potongan harga yang berpatutan.

Antara label tempatan yang terlibat pada penstriman secara langsung adalah Fazbulous oleh Fazura, Mawarred, dan Rumah Kebaya Bangsar. Manakala bagi label aksesori pula adalah HABIB, ICE, Daniel Wellington, Carlo Rino, dan BONIA.

Untuk peringatan anda juga, setelah kempen Laz Gaya ini, Lazada akan hadir lagi dengan pelbagai segmen kempen menarik lain seperti Laz Lepak (2 Mei), Laz Nyala (9 Mei), Laz Raya (16 Mei) dan Laz Gerak (23 Mei) ini. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati tawaran hebat daripada Lazada dengan layari pautan dibawah.

Layari: Lazada – Festival Wanita 2019


TIPS & ULASAN