Samsung Galaxy Fold adalah telefon pintar boleh lipat Samsung yang bertahun lamanya adalah sebuah konsep dan tahun ini ia menjadi realiti. Telefon pintar ini ditangguhkan penjualannya atas isu skrin yang dihadapi oleh beberapa pengulas. Peranti ini jelas sekali adalah sebuah peranti yang premium dan sekilas pandang ia tidak kukuh.
Isu yang kedua adalah, cara penjagaan peranti ini. Samsung sertakan kerangka di dalam kotak. Namun ia nipis dan hanya lebih kepada rekaan cantik dan bukan melindungi peranti. Spigen , iaitu jenama yang terkenal dengan kerangka lasak – telah memperlihatkan prototaip buat Galaxy Fold. Disebabkan Galaxy Fold mempunyai engsel – kerangka agak sukar untuk dihasilkan. Spigen telah temui satu alternatif di mana bahagian engsel akan dilindungi dengan sejenis getah.
Spigen akan hadir dengan Tough Armor, Ultra Hybrid, dan Thin Fit. Menurut mereka, Tough Armor adalah yang paling sukar untuk dihasilkan. Kemudian, jika kita lihat dari gambar – bahagian engsel masih tidak dilindungi. Habuk atau debu boleh sahaja masuk di bahagian engsel itu.
This is our team over in Seoul, South Korea testing different materials to bring our case designs to life. Here's to the future! #GalaxyFold #ComingSoon pic.twitter.com/JGfRQoa8Tg
— Spigen (@SpigenWorld) April 23, 2019
Buat masa ini, kerangka ini masih lagi dalam ujian. Akan tetapi, Spigen menjanjikan yang kerangka ini akan mula dijual seawal pertengahan bulan Mei.