Cari @ Amanz

Digi kini telah memperluaskan penawaran perkhidmatan jalur-lebar talian tetap mereka, iaitu Digi Home Fibre. Selepas diuji di Jasin sebelum ini, hari ini Digi turut memperluaskan penawaran perkhidmatan jalur-lebar talian tetap mereka ke lokasi terpilih sekitar Bandar Sunway, Bangi, Kajang, Rawang, Shah Alam dan juga Subang.

Digi Home Fibre

Melalui penawaran Digi Home Fibre, mereka menawarkan talian pada kelajuan 50Mbps pada harga langganan RM99 sebulan, dan 100Mbps pada harga RM129 sebulan.

Kedua-duanya hadir dengan kontrak selama 24 bulan, dan ditawarkan pemasangan percuma. Buat masa ini, pendaftaran hanya ditawarkan melalui laman rasmi Digi Home Fibre sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kawasan liputan, dan melakukan pendaftaran melalui laman rasmi Digi Home Fibre hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd