Samsung Galaxy A70 Berharga RM1999 Di Malaysia – Memori 8GB RAM, Bateri 4500mAh, Tri-Kamera Belakang

Samsung Galaxy A70 Berharga RM1999 Di Malaysia – Memori 8GB RAM, Bateri 4500mAh, Tri-Kamera Belakang

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Samsung telah pun memperkenalkan Galaxy A70 secara rasminya beberapa minggu lepas, dan kini nampaknya ia turut telah memasuki pasaran tempatan. Melalui beberapa pengedar yang telah mula menawarkannya, ia dilihat ditawarkan di Malaysia pada harga RM1999.

Samsung Galaxy A70 hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED, cip Snapdragon 675, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menyertakan bateri 4500mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera 32MP + 8MP + 5MP, sementara kamera hadapan 32-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak pengedar Samsung tempatan, dan mendapatkan Galaxy A70 ini pada harga RM1999 hari ini.


TIPS & ULASAN