Apple Mengumumkan Program Penarikan Semula Palam Elektrik Yang Dibekalkan Untuk UK, Hong Kong, Dan Singapura

Apple Mengumumkan Program Penarikan Semula Palam Elektrik Yang Dibekalkan Untuk UK, Hong Kong, Dan Singapura

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Apple pada hari ini telah mengumumkan program untuk menarik kembali palam elektrik yang direka untuk kegunaan di UK, Hong Kong, Dan Singapura.

Apple mendapati palam elektrik dengan tiga mata ini berkemungkinan akan mengalami kerosakan dan dijangka dapat memberi renjatan elektrik yang kecil apabila disentuh.

Palam elektrik yang didapati terkesan ialah palam yang disertakan bersama Mac dan sejumlah peranti iOS dari tahun 2003 hingga 2010. Apple juga memaklumkan palam elektrik yang diberikan bersama Apple World Travel Adapter Kit turut mengalami isu yang sama.

Untuk memudahkan anda mengenal pastinya, palam elektrik yang terkesan ialah palam berwarna putih tanpa sebarang tulisan atau perkataan. Palam yang tidak terkesan ialah palam yang mempunyai bahagian luaran berwarna kelabu.

Walau bagaimanapun, program penarikan semula ini tidak melibatkan pengecas USB seperti yang dibekalkan di dalam kotak iPhone atau iPad.

Apple memandang serius kepada perkara ini selepas melihat sejumlah kejadian kerosakan yang melibatkan palam elektrik ini. Mereka sangat mementingkan keselamatan pengguna dan ingin menggantikan palam elektrik yang terlibat secara percuma.

Jadi bagi anda yang mempunyai palam elektrik yang terkesan dengan isu ini, anda boleh menuju ke halaman program penarikan semula ini untuk mendapatkan khidmat bantuan yang selanjutnya.


TIPS & ULASAN