Nokia 8110 4G Akhirnya Menerima Sokongan Aplikasi WhatsApp

Nokia 8110 4G Akhirnya Menerima Sokongan Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Nokia 8110 4G merupakan telefon asas yang dikuasakan dengan KaiOS. Ia dikatakan akan hadir dengan kebolehan WhatsApp pada tahun lalu, namun hanya ditawarkan kepada peranti JioPhone terlebih dahulu. Melalui kemaskini KaiOS terbaru, peranti Nokia 8110 4G kini telah dibenarkan untuk memasang aplikasi WhatsApp.

HMD Global telah mengedarkan kemaskini firmware terbaru untuk peranti ini, dengan membawakan versi 15.00.17.03. Saiz kemaskini ini hanya sekitar 38MB, namun disarankan untuk pengguna mengemaskininya melalui sambungan WiFi.

Apabila kemaskini ini dipasang, pengguna boleh mendapatkan aplikasi WhatsApp melalui halaman KaiStore. Selain daripada WhatsApp, aplikasi Facebook juga turut ditawarkan untuk peranti ini.

Jadi bagi anda yang menggunakan Nokia 8110 4G, anda boleh mengemaskini peranti anda dengan firmware terkini untuk membolehkan anda menikmati aplikasi WhatsApp dan Facebook ini.


TIPS & ULASAN