Carian
Majlis Dasar Inovasi Malaysia Ditubuhkan Dalam Memacu Industri Teknologi Negara
April 26, 2019 Aman

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kini melalui MDEC telah mengumumkan pengenalan Majlis Dasar Inovasi Malaysia, yang mana akan memfokuskan untuk menjadi platform memacu perkembangan teknologi dan digital di Malaysia, dengan mempromosikan pelbagai dasar yang mengalakkan inovasi.

Pengenalan Majlis Dasar Inovasi Malaysia ini adalah salah satu usaha untuk menyelarikan dan menjadikan pelbagai proses lebih sistematik – sekaligus terus memacu industri teknologi dan ekonomi digital tempatan.

Melalui majlis ini, sesiapa sahaja boleh menghantar cadangan dan pandangan – sama ada pihak swasta, pelabur, dan sebagainya, sekaligus memperkembangkan lagi pelbagai inisiatif teknologi dan ekosistem ekonomi digital.

Selari dengan pengumuman ini, pihak Majlis Dasar Inovasi Malaysia mengalakkan sesiapa sahaja untuk berkongsi pandangan, pendapat, dan maklumbalas dalam usaha terus memacu arena inovasi tempatan. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman MIPC hari ini, dan menghantar cadangan anda hari ini.

Komen