Apple Memulakan Program Gantian Kembali Untuk Palam Tiga-Gigi Kerana Bermasalah

Apple Memulakan Program Gantian Kembali Untuk Palam Tiga-Gigi Kerana Bermasalah

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Apple hari ini telah memulakan program gantian untuk palam tiga-gigi mereka yang lama. Palam berkenaan digunakan dibeberapa negara, dan telah dikeluarkan oleh Apple bersama-sama produk Mac dan beberapa produk iOS keluaran antara 2003 hingga 2010 lepas. Selain daripada itu, palam ini juga turut disertakan pada Apple World Travel Adapter Kit.

Apple Adapter

Menurut Apple, mereka mendapati palam ini menghadapi masalah dalam beberapa kejadian, yang mana mungkin berisiko membawa kepada renjatan elektrik sekiranya bahagian logam padanya disentuh.

Sekiranya anda menggunakan palam tiga-gigi versi lama yang tidak mempunyai sebarang tulisan pada slot penyesuai, maka mungkin ia perlukan gantian.

Bagi anda yang menggunakan produk Apple, mungkin boleh menyemak palam anda, dan membuat gantian kepada palam baru hari ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menyemak laman Apple hari ini.


TIPS & ULASAN