OnePlus Mengesahkan Siri OnePlus 7 Akan Mempunyai Sistem Tri-Kamera

OnePlus Mengesahkan Siri OnePlus 7 Akan Mempunyai Sistem Tri-Kamera

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Siri OnePlus 7 akan dilancarkan pada 14 Mei ini. Jika ura-ura adalah benar, kita akan lihat tiga peranti OnePlus 7; iaitu OnePlus 7, OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 5G. Sudah banyak informasi tertiris mengenai OnePlus 7, seperti harga yang mahal, teknologi skrin QHD+ 90Hz atau juga spesifikasi kamera mereka.

Terkini, OnePlus telah mengicau video acah terbaru yang memperlihatkan lakaran peranti OnePlus 7. Melalui video acah ini, secara tidak langsung OnePlus mengesahkan yang siri OnePlus 7 akan menggunakan sistem tri-kamera.

OnePlus 7 Pro dikatakan akan mempunyai gabungan lensa 48MP lensa utama, 8MP lensa telefoto dan 16MP lensa ultra-lebar. Ini adalah seperti mana-mana peranti mercu tahun 2019 yang dilihat kerap menggunakan tetapan kamera seperti ini. Lain-lain informasi adalah, baterti mungkin 4000mAh dan akan menyokong sistem pengecasan pantas Warp Charge.


TIPS & ULASAN