HBO GO Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Bulan Mei – Percuma Untuk Pelanggan Astro

HBO GO Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Bulan Mei – Percuma Untuk Pelanggan Astro

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Perkhidmatan penstriman HBO GO akan akhirnya ditawarkan di Malaysia pada bulan Mei ini. Seperti perkhidmatan penstriman popular yang lain HBO GO membolehkan kandungan dimuat turun, menyokong lemparan kandungan menggunakan Chromecast dan juga AirPlay.

Kandungan HBO GO boleh diakses menerusi aplikasi ia sendiri, laman web HBOGOAsia atau di dalam aplikasi Astro Go. Kepada pelanggan Astro Movie Pack, HBO GO akan dapat diakses percuma tanpa bayaran tambahan. Dengan pelancarannya bulan hadapan, Malaysia akan menjadi negara kelima selepas Hong Kong, Filipina, Indonesia dan Singapura yang boleh mengakses perkhidmatan ini. Kini anda boleh menonton kandungan eksklusif seperti Game of Thrones, Sesame Street, Sopranos, Band of Brothers dan The Wire menerusi saluran yang betul.


TIPS & ULASAN