Honor 8S Kini Rasmi – Peranti Kelas Permulaan Dengan Cip MediaTek MT6765

Honor 8S Kini Rasmi – Peranti Kelas Permulaan Dengan Cip MediaTek MT6765

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Suatu ketika dahulu peranti dengan tubuh yang diperbuat daripada plastik ialah perkara yang normal. Malahan tubuh plastik pada peranti mercu tidak dianggap sebagai sesuatu yang negatif sebelum kepopularan tubuh logam dan kaca sepenuhnya. Semalam Honor 8S telah dilancarkan dan ia hadir dengan panel retro yang diperbuat daripada plastik

Honor 8S hadir dengan skrin 5.71″ LCD HD+, dijana cip MediaTek MT6765, memori sebesar 2GB RAM, storan 32GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera swafoto 5-Megapixel dan bateri sebesar 3020 mAh. Peranti ini tidak mempunyai pengimbas cap jari dan hanya sistem imbasan wajah sahaja disertakan.

Masih terdapat bicu audio dan juga dwi SIM. Storan dalaman boleh ditambah sehingga 512GB dengan menggunakan kad mikro SD. Pelancar EMUI 9 disertakan yang berasaskan Android Pie. Ia telah mula dijual di Rusia pada harga RUB 8,490 (~RM 544).


TIPS & ULASAN