Google Menyambut “Avengers” Dengan “Menghilangkan” 50% Hasil Carian Selepas “Petikan Jari”

Google Menyambut “Avengers” Dengan “Menghilangkan” 50% Hasil Carian Selepas “Petikan Jari”

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Thanos merupakan salah satu watak fiksyen yang popular di Avengers, dimana watak jahat dalam siri filem Avengers. Melalui watak Thanos, pelbagai mutiara dihimpunkan pada sarung tangan, dan sesuatu petikan boleh membawa kepada pelbagai perubahan – dan Thanos menggunakannya dalam menghilangkan sekitar 50% populasi dunia dalam siri filem Avengers.

Kini, bersempena dengan Avengers : Endgame, pihak Google turut menyambut tayangan filem berkenaan dengan menyediakan kesan khas tersembunyi pada laman hasil carian mereka.

Apabila anda melakukan carian untuk kata kunci “Thanos”, kini sebuah ikon sarung tangan dipaparkan pada bahagian Knowledge Graph. Dan apabila pengguna klik padanya, ia akan memaparkan animasi hasil carian yang menghilang – sekaligus mengurangkan hasil carian berkenaan kepada sekitar 50%.

Pengguna juga turut boleh menekan kembali ikon berkenaan untuk mengembalikan kembali hasil carian yang hilang berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba sendiri kesan khas ini pada hasil carian Google hari ini dengan melakukan carian “Thanos” pada enjin carian berkenaan.


TIPS & ULASAN