AMD Memperlihatkan CPU AMD Ryzen 2700X Edisi Ulangtahun Ke-50 – Hadir Dengan Rekaan Kotak Baru Dan Tandatangan Lisa Su
AMD

AMD Memperlihatkan CPU AMD Ryzen 2700X Edisi Ulangtahun Ke-50 – Hadir Dengan Rekaan Kotak Baru Dan Tandatangan Lisa Su

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Tahun 2019 merupakan tahun dimana AMD akan menyambut ulangtahun ke-50 pembentukan syarikat tersebut. Oleh yang demikian, mereka baru-baru ini dilihat memperkenalkan sebuah CPU Ryzen edisi khas untuk menyambut peristiwan penting ini.

CPU edisi ulangtahun ini ialah CPU AMD Ryzen 2700X yang hadir dengan rekaan kotak baru untuk menunjukkan ia adalah CPU edisi khas, lengkap dengan rekaan warna hitam emas dan teks ulangtahun ke-50.

Dalam pada itu, CPU Ryzen 2700X itu sendiri hadir dengan tandatangan CEO AMD, Lisa Su. Dari segi spesifikasi, nampaknya tiada sebarang perubahan dapat dilihat pada CPU tersebut. Sama seperti CPU Ryzen 2700X sebelum ini, ia juga hadir dengan kipas penyejuk Wraith Prism.

Buat masa ini, pihak AMD masih belum mengumumkan bilakah CPU ini akan dijual, tetapi terdapat beberapa laman jualan yang telah menetapkan tanda harga CPU ini pada $340 (RM1360).


TIPS & ULASAN