Facebook Akan Mengharamkan Aplikasi Kuiz Dan Menarik Kebenaran Akses Aplikasi Selepas 90 Hari

Facebook Akan Mengharamkan Aplikasi Kuiz Dan Menarik Kebenaran Akses Aplikasi Selepas 90 Hari

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Skandal Cambridge Analytica mendedahkan bagaimana aplikasi dan kebenaran aplikasi boleh mengakibatkan data pengguna digunakan tanpa kebenaran. Sejurus selepas isu privasi ini mula menjadi perbualan hangat, Facebook mengemaskini skrin tetapan aplikasi bagi memudahkan kebenaran akses data ditarik secara pukal.

Mereka kini memperketatkan lagi syarat-syarat penggunaan API oleh aplikasi serta tempoh kebenaran diberikan. Aplikasi berbentuk kuiz seperti “Apakah nama Ninja Naruto Anda” kini tidak lagi dibenarkan pada platform mereka. Aplikasi dengan nilai utiliti yang rendah ini sekaligus diharamkan.

Kebenaran yang diberikan kepada aplikasi akan ditarik secara automatik selepas 90 hari tidak digunakan pemilik akaun. Pengguna tidak perlu lagi membuang akses secara manual. Beberapa API tertentu juga tidak lagi ditawarkan kepada pembangun. Kesemua API dalam senarai ini akan dihentikan akses bermula 30 julai 2019.


TIPS & ULASAN