Cari @ Amanz

Semakin mahal peranti yang dibeli semakin mahal juga kos untuk membaikpulih jika berlaku kerosakan. Antara kerosakan yang paling kerap berlaku ialah skrin pecah berderai apabila terjatuh. Kepada pemilik Samsung Galaxy 10+. S10 dan S10e, kos membaiki skrin yang rosak akhirnya dikongsi oleh pihak Samsung Malaysia.

Pada Galaxy S10+ kos gantian adalah RM780 sekeping. Untuk Galaxy S10 ialah RM740 manakala pada Galaxy S10e pula ialah RM650. Kos gantian skrin Galaxy S10+ ini sama seperti Galaxy Note 9. Paling mengejutkan kos menggantikan skrin Galaxy S7 Edge adalah paling mahal iaitu RM785 sekeping. Walau bagaimanapun kos baik pulih paling tinggi ialah menggantikan papan induk Galaxy S10+ yang mencecah RM1972.

Kepada pengguna peranti lain keluaran Samsung, senarai lengkap kos menggantikan skrin, papan induk, bateri, kamera dan panel kaca belakang boleh dilihat menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd