Huawei sedia menawarkan sejumlah variasi telefon pintar, tetapi sehingga kini mereka tidak mempunyai lagi telefon pintar dengan rekaan kamera swafoto yang boleh dinaikkan – salah satu trend yang popular dikalangan beberapa pengeluar pada tahun ini.
Namun, hal berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi. Dikongsikan oleh @evleaks, ia dilihat Huawei akan memperkenalkan sebuah telefon pintar dinamakan Huawei P Smart Z tidak lama lagi – dimana ia akan menyertakan kamera swafoto yang boleh dinaik dan diturunkan.
Melengkapkan peranti berkenaan, ia akan turut menyertakan dwi-kamera belakang, selain sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Huawei akan melancarkannya secara rasmi.
Little better (and unwatermarked) pic of the Huawei P smart Z pic.twitter.com/JKdeqV59Kf
— Evan Blass (@evleaks) April 26, 2019