Cari @ Amanz

Sony sebelum ini telah berkongsi beberapa spesifikasi awal berkaitan konsol generasi akan datang, turut mengatakan ia bakal hadir dengan sokongan ray-tracing, penggunaan SSD, dan juga sokongan untuk paparan resolusi 8K.

Terkini, berkongsi lanjut, Sony dilihat berkongsi mengatakan PlayStation baru tidak akan hadir dalam tempoh 12 bulan akan datang. Ini bermakna, kita hanya akan melihat PlayStation 5 sekitar pertengahan kedua 2020 kelak.

Sony dilihat berkongsi info baru ini ketika pengumuman kewangan mereka baru-baru ini. Pada masa yang sama, Sony turut berkongsi mengatakan PlayStation 4 telah terjual lebih 96.8 juta sehingga kini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd