Cari @ Amanz

Samsung pada bulan Mac lepas telah memperkenalkan salah satu tablet baru yang hadir dengan sokongan input berasaskan S-Pen, iaitu Galaxy Tab A (2019). Menariknya, selepas sekitar sebulan lebih, tablet berkenaan turut telah mula ditawarkan di Malaysia.

Samsung Galaxy Tab A (2019) hadir dengan skrin 8-inci pada resolusi 1920×1200 pixel, dijana cip Exynos 7904, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Melengkapkan tablet ini adalah bateri 4200mAh. Ia turut menyertakan kamera belakang 8-megapixel, selain kamera swafoto 5-megapixel.


Dengan penyertaan sokongan S-Pen, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk lakaran atau mencatatkan nota dengan pantas padanya. Ia turut hadir dengan ruangan simpanan khusus, dan bukan diletakkan diluar tablet seperti beberapa peranti yang lain.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran tablet ini di pengedar Samsung seluruh negara hari ini. Di Malaysia, tablet ini ditawarkan pada tanda harga RM1099.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd