Amazon Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Penawaran Perkhidmatan Penstriman Muzik Berkualiti Tinggi

Amazon Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Penawaran Perkhidmatan Penstriman Muzik Berkualiti Tinggi

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Amazon sedia menawarkan perkhidmatan penstriman muzik mereka pada hari ini. Menariknya, bergerak kehadapan, kini laporan baru hadir mengatakan kelak Amazon akan menambah pilihan penawaran lagu pada kualiti yang tinggi, HiFi.

Buat masa ini, salah satu perkhidmatan yang popular dengan penawaran lagu pada kualiti HiFi melalui perkhidmatan penstriman adalah Tidal. Penyertaan Amazon dalam arena ini, sekaligus akan mencabar Tidal – selain menawarkan pilihan kualiti audio dengan kadar bit lebih tinggi bagi peminat muzik.

Sekiranya laporan ini benar, maka Amazon akan meliputi pelbagai tahap penawaran perkhidmatan penstriman muzik – dari versi percuma, berbayar dan juga berkualiti tinggi.

Amazon dijangka akan mengecaj harga sedikit tinggi untuk perkhidmatan penstriman muzik berkualiti tinggi ini berbanding versi biasa.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Amazon akan melancarkannya. Untuk makluman, Spotify dan Apple Music yang digunakan ramai pengguna diseluruh dunia masih tidak menawarkan perkhidmatan penstriman muzik pada kualiti tinggi buat masa ini.


TIPS & ULASAN