Rekaan Honor 20 Pro Pula Tertiris Dengan Kamera Seakan P30 Pro

Rekaan Honor 20 Pro Pula Tertiris Dengan Kamera Seakan P30 Pro

Diterbitkan pada Apr 27, 2019 oleh .

Berapa peranti di bawah keluarga Honor 20 akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global pada bulan Mei. Seperti tahun-tahun sebelumnya, peranti yang akan dilancarkan Honor ini ialah versi mampu milik kepada peranti mercu keluaran Huawei. Hari ini rekaan panel belakang Honor 20 Pro telah tertiris menunjukkan rekaan yang seakan sama dengan Huawei P30 Pro.

Seperti P30 Pro, Honor 20 Pro nampaknya akan turut mempunyai kemampuan zum yang tinggi menggunakan sistem periskop. Ini dapat dilihat pada sensor paling atas yang berbentuk empat segi. Sensor TOF kini terletak sebaris dengan lensa zum, sudut lebar dan ultra sudut lebar. Sokongan kecerdasan buatan juga akan disertakan seperti yang ditemui pada P30 Pro.

Perbezaan paling ketara pastinya tiada penggunaan dan penjenamaan Leica pada kamera yang digunakan. Tetapi bagi mereka yang merasakan Huawei P30 Pro adalah di luar kemampuan, nantikan kemunculan Honor20 Pro yang pastinya dijual pada harga lebih mesra dompet.


TIPS & ULASAN