Cari @ Amanz

Intel sebelum ini telah mengatakan mereka akan keluar daripada perniagaan modem peranti mudah-alih 5G mereka. Kini, lanjutan daripadanya, ia diperkatakan Intel sedang melihat untuk menjual perniagaan modem telefon pintar mereka.

Seperti ramai sedia maklum, Intel sedia menawarkan modem yang digunakan pada beberapa telefon pintar. Menurut WSJ, beberapa pihak telah menyatakan minat untuk mengambil-alih perniagaan modem Intel ini, termasuk turut mengatakan Apple mungkin salah satu pembelinya kelak.

Intel dilihat mengalami kerugian dalam arena perniagaan modem telefon pintar mereka, dan menjualnya mungkin akan mengurangkan lagi kerugian mereka. Ia dikatakan Intel mungkin menjualnya bersama-sama beberapa paten dan juga rekabentuk modem untuk sejumlah generasi berbeza.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd