Carian
Bagaimana Mengaktifkan Sokongan Tema Gelap Pada Chrome Di Android?
April 27, 2019 Aman

Google telah mula memfokuskan integrasi tema gelap pada beberapa aplikasi mereka, termasuk pelayar web Chrome. Kini, menariknya, untuk pengguna Chrome di Android, ciri tema gelap telah pun mula disertakan, tetapi masih tidak diaktifkan lagi untuk semua.

Chrome Android Dark Mode

Sekiranya anda menggunakan Chrome 74 dan terkini pada peranti Android anda, kini dengan mudah anda boleh mengaktifkannya dan menikmati ciri tema gelap pada pelayar web popular berkenaan. Berikut merupakan langkah ringkas untuk mengaktifkannya hari ini:

  1. Di Chrome, pergi ke halaman Flags dengan menaip URL berikut : chrome://flags.

Chrome Android Dark Mode

  1. Pada halaman tetapan berkenaan, buat carian untuk kata kunci “Dark Mode“, dan pada pilihan “Android Chrome UI Dark Mode“, klik dan ubah tetapan berkenaan daripada Default kepada Enabled.

Chrome Android Dark Mode

  1. Seterusnya, mulakan semula pelayar web Chrome untuk Android anda.

  2. Apabila Chrome untuk Android dimulakan kembali, anda boleh ke halaman tetapan Chrome (dengan tap pada ikon tiga titik pada penjuru kanan-atas, dan seterusnya memilih Settings. Anda akan dapat melihat pilihan menu baru dinamakan “Dark Mode“.

Chrome Android Dark Mode

  1. Tap padanya, dan aktifkan penggunaan “Dark Mode“. Seterusnya, anda akan dapat melihat pelayar web Chrome anda kini menggunakan tema gelap, sekaligus memberikan lebih keselesaan pada mata anda ketika melayari internet pada waktu malam.
Komen