Apple Dijangka Menyertakan Lensa Telefoto Pada iPhone XR 2

Apple Dijangka Menyertakan Lensa Telefoto Pada iPhone XR 2

Diterbitkan pada Apr 28, 2019 oleh .

Sejak beberapa minggu lepas, kita telah mendengar mengenai beberapa info berkenaan iPhone 2019 yang diperkatakan bakal hadir dengan sokongan tri-kamera. Terkini, selain iPhone mercu untuk 2019, beberapa info awal berkenaan iPhone XR generasi kedua juga mula kedengaran.

Seperti ramai sedia maklum, iPhone XR telah diperkenalkan sebelum ini yang menyertakan spesifikasi mercu, tetapi dengan beberapa had padanya. Salah satunya adalah penggunaan hanya kamera satu lensa pada bahagian belakang.

Hal ini dijangka berubah pada tahun ini. Melalui kemaskini iPhone XR untuk tahun ini, Apple dijangka menyertakan sokongan dwi-kamera padanya.

Apple dijangka menyertakan lensa kedua yang berkemungkinan adalah lensa telefoto pada kamera belakang iPhone XR 2 kelak, sementara mengekalkan penggunaan lensa utama seperti pada iPhone mercu.

Buat masa ini, info penuh berkenaan dengannya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai iPhone XR 2 dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN