Notifikasi Daripada Telefon Android Kini Boleh Dipaparkan Pada Versi Pembangunan Windows 10

Notifikasi Daripada Telefon Android Kini Boleh Dipaparkan Pada Versi Pembangunan Windows 10

Diterbitkan pada Apr 28, 2019 oleh .

Microsoft sebelum ini telah mula menawarkan aplikasi Your Phone pada Windows 10 dengan sejumlah fungsi asas. Ia mampu membolehkan pengguna menghantar mesej daripada komputer Windows 10 tanpa perlu menyentuh peranti anda. Namun bagi pengguna versi pembangunan Windows 10, sebuah fungsi baru telah ditawarkan pada aplikasi Your Phone ini – iaitu kebolehan mendapatkan notifikasi daripada telefon Android.

Melalui perkenalan fungsi ini, setiap notifikasi yang diterima pada peranti Android akan diselarikan kepada aplikasi Your Phone ini. Perkara ini sekaligus akan membolehkan pengguna melihat notifikasi yang diterima melalui sokongan notifikasi pada Windows 10.


Ia disahkan melalui perkongsian tweet daripada Vishnu Nath iaitu pengarah urusan bagi bahagian mudah-alih Microsoft. Beliau memperlihatkan fungsi ini melalui sebuah tangkapan skrin, dengan memaparkan sejumlah notifikasi yang diterima pada telefon beliau ke Windows 10.

Fungsi ini telah mula ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna yang terlibat di dalam program ujian Windows 10 menerusi Windows Insider. Fungsi ini dijangka akan ditawarkan kepada semua pengguna Windows 10 apabila ia mencapai versi akhir kelak.


TIPS & ULASAN