Telegram X Untuk Android Membawakan Sistem Notifikasi Baru Dan Pengesahan Dwi-Faktor Yang Lebih Baik

Telegram X Untuk Android Membawakan Sistem Notifikasi Baru Dan Pengesahan Dwi-Faktor Yang Lebih Baik

Diterbitkan pada Apr 28, 2019 oleh .

Telegram X merupakan variasi aplikasi bagi Telegram, dengan sejumlah pengoptimasian dari segi fungsi dan dikelajuan. Aplikasi ini nampaknya telah menerima sejumlah fungsi menarik, melalui kemaskini yang diberikan untuk bulan April ini.

Fungsi pertama yang ditawarkan ialah sokongan dari segi sistem notifikasi serba baharu. Notifikasi yang hadir kini dilihat lebih stabil, selain membolehkan pengguna melakukan beberapa perkara padanya. Seperti contoh, notifikasi yang telah diseret keluar tidak akan dipaparkan lagi, apabila anda menerima notifikasi baru daripada ‘chat‘ lain.

Telegram X juga kini membenarkan pengguna menggunakan fungsi undian, iaitu fungsi yang sedia ditawarkan pada aplikasi Telegram asal. Ia turut menyertakan fungsi multi akaun yang lebih lancar, walaupun anda menggunakan banyak akaun di dalam satu peranti. Untuk tujuan keselamatan, Telegram X kini telah menyertakan fungsi pengesahan dwi-faktor melalui e-mel berbanding penggunaan SMS pada sebelum ini.

Kemaskini Telegram X terbaru ini telah ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna melalui halaman Google Play Store. Namun bagi anda yang belum menerimanya, anda mungkin boleh memasang aplikasi Telegram X versi 0.21.7.1151 melalui fail pemasangan di halaman APK Mirror.



TIPS & ULASAN