Aplikasi ES File Manager Dikeluarkan Daripada Play Store – Didapati Mengandungi Perisian Hasad

Aplikasi ES File Manager Dikeluarkan Daripada Play Store – Didapati Mengandungi Perisian Hasad

Diterbitkan pada Apr 28, 2019 oleh .

ES File Manager merupakan antara aplikasi Android yang popular untuk memudahkan pengguna dalam menguruskan sesuatu fail. Ia telah dipasang oleh jutaan pengguna, namun kini ia mengalami sedikit isu apabila telah bertukar ganti oleh pembangun yang baru. Melalui laporan terkini, aplikasi ini telah dikeluarkan daripada Play Store – setelah mendapati ia mengandungi perisian hasad berbentuk adware.

Baru-baru ini, Google telah membuang aplikasi dan menyahaktifkan akaun yang dimiliki oleh DO Global – iaitu pembangun terkini untuk ES File Manager. Ia dibuat kerana DO Global sering menghadirkan iklan adware di dalam aplikasi mereka, sekaligus melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh Google Play Store.

Selepas diambil-alih oleh pembangun terbaru, aplikasi ES File Manager sering dilanda dengan sejumlah kontroversi. Aplikasi ini pernah dimasukkan dengan adware ketika boot, dengan menggantikan paparan skrin kunci pada telefon pengguna.

Dengan pembuangan aplikasi ini, ia sedikit sebanyak memberi amaran kepada pembangun aplikasi untuk tidak menyertakan sebarang perisian hasad untuk menjana pendapat secara tidak sah. Ia bukan sahaja melanggar polisi di Play Store, tetapi turut mengundang isu prestasi dan privasi kepada peranti pengguna.



TIPS & ULASAN