Carian
Samsung Galaxy Note10 Pro Dijangka Hadir Dengan Bateri 4500mAh
April 29, 2019 Aman

Samsung telah pun memperkenalkan telefon pintar mercu pertama mereka, Galaxy S10 – yang mana sedia mencuri perhatian ramai pengguna seluruh dunia. Dengan pengenalan peranti berkenaan, semestinya ramai yang menantikan pengenalan satu lagi telefon mercu daripada Samsung untuk 2019, iaitu dibawah keluarga Galaxy Note.

Samsung dijangka memperkenalkan beberapa variasi model dibawah keluarga Galaxy Note, dan salah satunya adalah Galaxy Note10 Pro.

Terkini, mengikut desas-desus awal, ia dikatakan Samsung Galaxy Note10 Pro bakal hadir dengan bateri berkapasiti 4500mAh – yang mana memperlihatkan peningkatan sebanyak 500mAh berbanding Galaxy Note 9 tahun lepas.

Selain model ini, Samsung turut dijangka menyediakan beberapa model lain, termasuk model dengan sokongan 5G.

Keluarga Galaxy Note biasanya diperkenalkan sekitar bulan Ogos atau September – dimana kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam minggu-minggu akan datang.

Komen