Cari @ Amanz

Xiaomi sedia menawarkan sejumlah peranti baru untuk tahun 2019 ini, dan menariknya kini mereka telah mula mengacah sebuah lagi telefon pintar baru yang bakal hadir dengan cip Snapdragon terkini.

Melalui perkongsian pihak Xiaomi India, mereka mengatakan ia bakal hadir dengan cip Snapdragon yang diperkenalkan sekitar dua minggu lepas – sekaligus membawa kepada kemungkinan ia adalah cip Snapdragon 730 atau Snapdragon 730G.

Xiaomi tidak menyatakan berkenaan nama keluarga peranti baru ini. Namun, mengikut spekulasi, ramai menyasarkan ia berkemungkinan adalah telefon pintar dibawah siri Android One mereka, iaitu Xiaomi Mi A3.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai pengenalan telefon pintar terbaru daripada Xiaomi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd