Kicauan Elon Musk Mengenai Tesla Perlu Dipersetujui Peguam Syarikat Sebelum Ia Boleh Diterbitkan

Kicauan Elon Musk Mengenai Tesla Perlu Dipersetujui Peguam Syarikat Sebelum Ia Boleh Diterbitkan

Diterbitkan pada Apr 29, 2019 oleh .

Elon Musk, CEO syarikat kenderaan elektrik dan swapandu Tesla hari ini dikatakan telah mencapai kata sepakat dengan US Securities and Exchange Commission (SEC) mengenai kicauan-kicauannya tentang syarikat Tesla, perlu disemak dan dipersetujui oleh peguam-peguam syarikat tersebut sebelum ia boleh diterbitkan.

Elon Musk sebelum ini telah disaman oleh pihak SEC kerana berkicau mengenai pembiayaan yang didapati sebelum ia disahkan oleh mereka, dan bukan sahaja ia meningkatkan nilai saham secara buatan, ia juga salah di sisi undang-undang.

Elon Musk sudahpun mempersetujui untuk mengesahkan butiran kicauan-kicauan mengenai Tesla sebelum ini, tetapi dia sekali lagi telah mengeluarkan kicauan mengenai jumlah pengeluaran kenderaan Tesla tanpa mengesahkannya dengan peguam-peguam yang terlibat.

Pihak mahkaman memberitahu kedua-dua pihak untuk hadir dengan persetujuan baru yang boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak, kerana peguambela Elon Musk memberitahu bahawa syarat-syarat yang ditetapkan SEC sebelum ini terlalu samar-samar.

Dengan persetujuan baru ini, Elon Musk dan SEC telah bersetuju untuk memastikan kicauan-kicauan mengenai status kewangan, penawaran baru/akan datang dan angka produksi kenderaan Tesla.



TIPS & ULASAN