Acer Predator Triton 500 Dengan Kemaskini CPU Intel Generasi Kesembilan Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula Dari RM6999

Acer Predator Triton 500 Dengan Kemaskini CPU Intel Generasi Kesembilan Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula Dari RM6999

Diterbitkan pada Apr 29, 2019 oleh .

Acer Malaysia telah memperkenalkan siri komputer riba terbaru mereka, Acer Predator Triton 500 yang dilengkapi dengan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX tidak lama dahulu.

Hari ini, nampaknya mereka telah mengemaskini siri laptop tersebut dengan penawaran siri CPU Intel generasi kesembilan, yang terdiri daripada siri CPU Intel Core i5-9300H dan juga Intel Core i7-9750H.

Dari segi spesifikasi lain, komputer riba gaming Acer Predator Triton 500 ini masih lagi hadir dengan paparan hampir nirbingkai 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz, memori DDR4 sebanyak 16GB, Triton 500 ini juga masih lagi mempunyai storan 512GB yang menggunakan konfigurasi RAID 0 dengan menggabungkan dua storan SSD NVMe 256GB.

Pilihan kad grafik komputer riba ini masih hadir melalui NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6 dan NVIDIA GeForce RTX 2070 Max-Q 8GB bergantung kepada model yang dipilih.

Komputer riba Acer Predator Triton 500 yang dikemaskini ini hadir melalui tiga model, dan hadir pada tanda-tanda harga berikut:

  • Acer Predator Triton 500 (Intel Core i5-9300H, NVIDIA RTX 2060) – RM6999
  • Acer Predator Triton 500 (Intel Core i5-9750H, NVIDIA RTX 2060) – RM7599
  • Acer Predator Triton 500 (Intel Core i5-9750H, NVIDIA RTX 2070) – RM8699

TIPS & ULASAN