Cari @ Amanz

Menjelang sambutan Ramadan tidak lama lagi, kini Boost perkenalkan ciri terbaharu yang menarik pada aplikasi iaitu Super Shake. Bermula 29 April ini pengguna dapat menikmati ganjaran terbesar mereka dengan menggunakan ciri Super Shake ini dengan berpeluang memenangi hadiah utama sebelum Hari Raya.

Untuk makluman anda, Boost adalah aplikasi dompet digital yang mempunyai hampir 4 juta pengguna dan lebih daripada 80,000 peniaga dalam talian serta luar talian di seluruh negara. Pelaksanaan ciri baharu ini adalah inisiatif bagi menggalakkan penerimaan dan penggunaan dompet digital dengan mewujudkan pengalaman nirtunai yang lebih mudah, menarik dan bermanfaat dengan Boost.

Kempen Super Shake ini menggariskan beberapa ciri seperti Bazaar Ramadan, Berbuka Bersama Boost, Penghantaran Makanan Berbuka, Gaya Bersama Boost, dan Beli-Belah Bersama Boost. Antara tawaran yang dikongsikan adalah pengguna boleh nikmati sehingga 25% menggunakan kod promo ‘BOOSTGAYARAYA’ dan rebat RM18 apabila anda membayar dengan menggunakan aplikasi Boost.

Kempen Super Shake ini menampilkan hadiah hebat bernilai RM2.5 juta untuk dimenangi. Apa yang anda perlu lakukan ialah anda perlu mendapatkan token dan turut serta dalam cabutan bertuah mingguan. Untuk setiap RM10 yang dibelanjakan, pengguna akan mendapat 1 token. Semakin banyak token yang anda perolehi. semakin tinggi peluang anda untuk memenangi sebuah kereta Proton X70 SUV.

Selain itu, Boost juga telah meningkatkan platform mereka dengan hadir bersama ciri paparan waktu berbuka puasa serta operasi masa solat kepada pengguna. Perihal ini bagi memudahkan pengguna Islam khususnya untuk melihat waktu dan menunaikan kewajipan mereka tidak mengira di mana jua mereka berada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd